Benzoil peroksida

Benzoil peroksida ialah sebatian kimia (secara khususnya, peroksida organik) dengan rumus struktur (C
6H
5−C(=O)O−)
2 yang sering kali disingkatkan sebagai (BzO)2. Dari segi strukturnya, molekul boleh diterangkan sebagai dua kumpulan benzoil (C
6H
5−C(=O)−, Bz) yang dihubungkan oleh peroksida (−O−O−). Ia merupakan pepejal berbutir putih dengan bau samar benzaldehid, kurang larut dalam air tetapi larut dalam aseton, etanol dan banyak pelarut organik yang lain. Benzoil peroksida merupakan pengoksida, di mana ia sering kali digunakan dalam penghasilan polimer.[1]Sebagai peluntur, benzoil peroksida telah digunakan dalam ubat-ubatan dan bahan penyahjangkit air.[2][3] Dalam konteks khusus, nama itu boleh disingkatkan sebagai BPO.Dalam pengubatan, benzoil peroksida kebanyakkannya digunakan untuk merawat jerawat batu, sama ada secara bersendirian atau kombinasi dengan rawatan lain.[4] Sesetnagh versi dijual bercampur dengan antibiotik seperti klindamisin.[5][6] Ia terdapat dalam Senarai Ubat Penting WHO,[7] dan di Amerika Syarikat, ia tersedia sebagai ubat bebas dan generik.[8][5] Ia juga digunakan dalam bidang pergigian untuk pemutihan gigi.